WADI SAKINAH

WADI SAKINAH

 Image

Kerinduan pada Wadi Sakinah memang dah ada walau tidaklah membuak sangat, lama dah tak datang ke sini. Tambahan pula ada mertua saya yang tinggal dan bertugas di Wadi Sakinah ini, ingat nak bawa isteri ke 3 saya menziarah mereka, sementalahan pula ada sebuah kursus penulisan/blogger yang ditawarkan akan diadakan di tempat ini, semua ini menjadi pemangkin bagi saya untuk datang menziarahi Wadi Sakinah, mengikuti kursus sekaligus menziarahi mertua.

Wadi Sakinah, yang bermaksud lembah ketenangan, memanglah memberi ketenangan, sekurang-kurangnya saya dapat merasakan  ketenangan selama berada di sini, dan melihat suasana di sini begitu tenang.  Walaupun sebuah kilang mi kuning ada di Wadi Sakinah ini, pagi-pagi beberapa orang remaja yang terlibat dengan proses pembuatan mi kuning ini sedang memberi tumpuan pada kerja-kerja mereka, namun tidaklah menunjukkan suasana yang kelam-kabut, tetaplah terasa tenang sahaja. Selain itu, En. Daud bersama beberapa orang remaja juga sedang membuat kerja-kerja binaan untuk menyiapkan sebuah rumah.

Tiga tahun yang lalu, saya datang ke sini untuk mengikuti sebuah kursus manasik haji yang di berikan oleh Tn. Salleh Saliyan yang juga merupakan seorang muthawwif, dibantu oleh beberapa orang yang arif tentang tatalaksana haji (manasik haji). Ramai juga peserta kursus yang menyertainya, mereka yang berdatangan dari pelbagai negeri sama ada dari Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Sememangnya tempat ini sesuai dijadikan salah satu alternatif bagi tempat untuk diadakan kursus-kursus singkat, kerana suasana persekitaran yang nyaman.

Imagedewan makan penghuni (ahli muhafadzah) Wadi Sakinah dan peserta kursus mahupun tetamuImage 

dewan makan para remaja / penghuni Wadi Sakinah

Image

Sekarang, di Wadi Sakinah ini juga dijadikan tempat untuk mendidik semula beberapa orang remaja yang telah terlajak dan terjebak dengan dadah untuk mampu meninggalkan ‘najis’ yang sangat merosakkan masyarakat ini. Bukan mudah tentunya, tapi kita yakin Allah itu Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Islam agama yang diredhaiNya tentu ada cara untuk mengatasi hal tersebut, hanya saja apakah kita tahu dan mahu ikut cara tersebut atau tidak. Setiap masalah tentu ada penyelesaiannya, walaupun tak sama susah senangnya nak menyelesaikan sesebuah masalah tersebut.

Sesuai dengan nama Wadi Sakinah, susun atur beberapa bangunan berkonsepkan mesra alam dan naturalistik, dengan alam semulajadi di sekitarnya menjadikan kawasan Wadi Sakinah ini lebih terasa nyaman dan tenang. Ada beberapa bangunan kayu dengan warna-warna alami, kolam ikan, wakaf-wakaf di atas kolam menjadikan suasana persekitaran yang terasa lebih nyaman. Air yang mengisi kolam-kolam sehingga ke bilik-bilik air di setiap rumah penghuni adalah air yang dialirkan dari bukit yang berada dibelakang kawasan Wadi Sakinah ini, air yang segar dan sejuk. Selain dari itu, sebuah bagunan 4 segi berwarna putih dua tingkat, dilengkapi tingkap cermin sekelilingnya, bahagian bawah merupakan tempat solat berjemaah, ceramah motivasi/tazkirah bagi penghuni Wadi Sakinah ini, dilengkapi dengan 2 unit aircond 3 HP setiap satu unit, beralaskan karpet yang agak tebal di ruang solat, menjadikan tempat solat yang cukup selesa. Manakala bahagian atas pula penempatan bagi para remaja dan juga boleh menampung para tetamu, selain di rumah tamu yang disediakan. Di  tempat solat inilah merupakan salah satu sumber ketenangan. Tenang itu tempatnya kan di hati, hati itu kan Tuhan yang jaga, tempat ini pula dijadikan tempat menghubungkan hati dengan Sang Pencipta hati yang juga Pemberi ketenangan pada hati, melalui solat berjemaah, qiyamullail, solawat dan lain-lain aktiviti hablumminallah, maka dari sinilah terpancar ketenangan itu, didukung pula oleh suasana persekitaran, maka jadilah Wadi Sakinah ini memang memberikan sebuah ketenangan. Tenang yang bukan bermakna sunyi dari pelbagai aktiviti kehidupan. tapi ia sebuah ‘ketenangan’.

Image

Surau Wadi Sakinah (tempat solat, ceramah motivasi / tazkirah)Image

wakaf-wakaf di atas kolam

Image

En. Daud sedang bersembang dengan para remaja, ada di kalangan mereka yang terlibat dengan kilang mi kuning dan ada juga dengan pembinaan

Image

Pejabat Pentadbiran Wadi Sakinah

Pembaca disyorkan meluangkan masa untuk melawat Wadi Sakinah ini, disamping merasai sendiri ketenangan di situ, mungkin ada keberkatan di atas menziarahi tempat ini sambil menghiburkan pelatih-pelatih yang sedang diberi kursus pemulihan berkenaan.

 Wallahu’alam

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment